Tuesday, April 3, 2012

Wednesday, February 8, 2012

Monday, March 14, 2011

Monday, March 7, 2011

Kebangaan 2011


Teruja betul bila melihat ayam2 ini..si A pernah bergelar Raja Serama 2010..Si B hanya penurun baka..Si C pernah bergelar champion beberapa kali termasuklah Si D baru di nobat sbg BOTB di Besut..Insya'Allah, jika diizinkan ayam SB akan sebaris dgn si A, C dan D di meja pengadil..semoga dunia serama 2011 diceriakan lagi dgn pelbagai gaya selam, warna yg menarik disamping pembentukan accesori yg terpilih..

Thursday, January 20, 2011

Perkembangan Islam Semenanjung Arab selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Jika kita hayati....Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w... telah berkembang secara serius diseluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan sebagai pewaris kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.Mereka masih lagi berpegang teguh dengan ajaran Islam dan di zaman mereka ini telah lahir begitu ramai ulama dan cendikiawan yang agung bagi menjalankan amanah Allah dimuka Bumi..... Mereka juga sanggup mempertaruhkan segala yang ada pada diri mereka untuk menegakan kalimah Allah....

Firman Allah yang bermaksud:
“Sedangkan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang” (QS 2:163)

Dan Allah berfirman lagi
“Hai kaumku, bagaimanakah kamu, aku menyeru kamu kepada keselamatan, tetapi kamu menyeru aku kepada neraka? Kenapa kamu menyeruku supaya kafir kepada Allah dan menyekutukan-Nya dengan apa yang tidak aku ketahui, padahal aku menyeru kamu beriman kepada Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun?” (QS 40:41-42)

sebenarnya dalam Al-Quran banyak menerangkan bahawa erti dua kalimah syahadah adalah bebas dari penyembahan kepada selain Allah, dan sembahan itu hanya untuk Allah..dan disyirikan kepadanya dengan yang lain. itulah petunjuk dalam beragama dan kerana ini.....Allah mengutus para rasul-Nya dan kerana penyebaran syahadah jugak juga Allah menurunkan semua kitab-Nya.

Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.

Khulafa al-Rasyidin
* 632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab.
* 633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
* 634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
* 635M- Penawanan Madain, ibukota Empayar Parsi Sassanid.
* 636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
* 637M- Mesir ditawan.
* 638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
* 640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
* 644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
* 645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
* 646M- Kempen menentang Byzantine.
* 647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi Sassanid ditumpaskan.
* 648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
* 656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
* 657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
* 659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
* 661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Kerajaan Bani Ummaiyyah
* 661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
* 670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
* 677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople.
* 680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
* 685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
* 700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
* 711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
* 712M- Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
* 713M- Penaklukan Multan.
* 716M- Serangan ke atas Constantinople.
* 717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
* 725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
* 749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiyyah.
* 750M Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Kerajaan Bani Abbasiyyah
* 752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
* 755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.
* 756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani [[Ummaiyyah Sepanyol.
* 763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.
* 786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
* 792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
* 800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
* 805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.
* 809M- Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
* 814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
* 1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina.
* 1005M- Multan dan Ghur ditawan.
* 1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
* 1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
* 1091M- Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat.
* 1095M- Perang Salib pertama berlaku.
* 1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.
* 1144M- Nuruddin Zengi tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku.
* 1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
* 1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India.
* 1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol).
* 1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah-Seljuk.
* 1260M- Kebangkitan Islam. Kerajaan Bani Mamluk di Mesir (merupakan pertahanan Islam yang ketiga terakhir selepas Makkah & Madinah) pimpinan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz menewaskan tentera Mongol di dalam pertempuran di Ain Jalut.

Empayar Turki Uthmaniyyah
*1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
* 1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
* 1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
* 1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
* 1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
* 1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
* 1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
* 1453M- Constantinople ditawan oleh tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih. Berakhirnya Empayar Byzantine.
* 1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
* 1526M- Perang Mohacs
* 1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
* 1571M- Perang Lepanto berlaku.
* 1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV.
* 1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
* 1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
* 1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
* 1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
* 1792M- Perjanjian Jassy.
* 1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
* 1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
* 1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
* 1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
* 1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
* 1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
* 1829M- Perjanjian Adrianople.
* 1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
* 1841M- Konvensyen Selat.
* 1853M- Bermulanya Perang Crimea.
* 1856M- Berakhirnya Perang Crimea.
* 1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
* 1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
* 1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
* 1912M- Perang Balkan pertama.
* 1913M- Perang Balkan kedua.
* 1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
* 1919M- Mustafa Kemal Atatürk mendarat di Samsun.
* 1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
* 1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.

Sunday, November 7, 2010

Serama Penghujung 2010

Lama sudah tidak update blog krn SB kadangkala sibuk dgn pertandingan yg diadakan setiap bulan di seluruh negeri..Masuk bulan November, jadual pertandingan semakin kurang kecuali ada 1 yg terbesar bagi menobatkan Raja Serama 2010 yg akan berlangsung pd 25-12-2010 di Kelantan..Ini bagai acara kemuncak bagi peminat ayam serama pada tahun 2010..

Dulu SB pernah mencadangkan supaya lipat-melipat ayam dihapuskan di pertandingan dan nampaknya telah terbukti ramai yg tidak menyukai acara lipat-melipat ayam di pertandingan spt yg telah di lalui dlm beberapa siri pertandingan yg besar. Syukurlah, makin ramai peminat atau pengadil yg mula nampak akan keburukan lipat-melipat ayam di pertandingan ini.

Cuma satu shj kekurangan dlm mengenal pasti ayam yg sudah di bedah atau di ubahsuai telah memenangi pertandingan..Ramai pembeli tertipu kononnya ayam yg dijual adalah 100% tidak di bedah namum bg mereka yg pakar dari pandangan atau dgn cara memegang ayam akan diketahui kecacatan sebelumnya, maka setelah ayam beralih tangan jadilah ayam yg tak sempurna utk dipertandingkan..sebaiknya penjual perlu menjelaskan setiap inci sejarah ayam sebelum itu bg tidak menganiyai pembeli2 baru..

Semoga kita jumpa lagi di tahun 2011 dgn beraneka jenis warna dan gaya serama yg terhebat..

Tuesday, July 6, 2010

Apakah Ini Kesenian?



Melihat kepada kesenian,kesungguhan di atas usaha dan ikhtiar yg ada pd makluk, adakah dunia ayam serama akan berubah kpd patern2 yg lagi cantik dgn tubuh dan gaya yg lagi memikat..semoga dunia ayam serama akan lebih ceria lagi dgn lebih banyak pertandingan yg besar2 di masa akan datang...

Saturday, July 3, 2010

Untung Jual Ayam Serama

Pada pengalaman SB, terdapat 3 group yg besar dlm arena ayam serama.

1)Ternak buat baka dan jual
Kumpulan ini akan mencari baka2 yg hebat terutama baka yg dapat melahirkan anak2 yg bewarna kuning, kaki kuning, tarik selam, balung lilin, selalu berkepak dan kurang kadar kecacatan. Mereka kurang minat utk bertanding tetapi lebih suka menternak dan menjual baka2 yg hebat. Ada di kalangan mereka berpendapatan melebihi RM10,000 setiap bulan hanya dgn menjual anak2 atau baka2 yg hebat. Salah seorg penternak yg hebat di Penarik, Trg mempunyai berbagai jenis baka utk dijual kpd peminat ayam serama.

2)Kaki Tanding
Kumpulan ini tak suka ternak ramai2 tapi suka hadir pertandingan dgn ayam cantik2. Golongan ini tentunya mempunyai faktor ekonomi yg agak bagus dan hanya fokus kpd hobi bertanding shj. Pantang lihat shj ayam cantik2, pasti dibeli mereka. Kumpulan ini suka bertukar2 ayam cantik janji bila dipertandingan ayam bergaya di atas meja itu sudah cukup. Kalah tak apa,asalkan ayam bergaya. Biasanya kumpulan ini akan mencari ayam yg cantik dan dibeli dgn harga yg rendah tetapi setelah menang pertandingan, harga ayam tersebut akan melonjak ribuan ringgit.

3)Ternak dan tanding
Kumpulan ini adalah yg terbaik bg SB krn disamping ternak dan buat baka, dapat pulak pergi bertanding dgn baka sendiri. Jika asyik dok beli, gunung pun habis, bak kata pepatah..Ramai yg cuba membuat baka sendiri tapi tak ramai yg dapat menghasilkan ayam2 yg cantik utk menang di pertandingan.

kumpulan 1: senang buat duit.
kumpulan 2: pun boleh buat duit dgn syarat ayam yg menang dipertandingan dijual dgn harga yg tinggi.
kumpulan 3: lagi senang buat duit...jadi masuklah dlm group ini.....

Jika dah banyak untung jangan pulak lupa keluar zakat....

Sunday, June 20, 2010

SUBHANALLAH DALAM LAUT ADA SUNGAI





Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Saturday, June 12, 2010

Offer Price RM11,000



Kpd yg berminat dgn ayam gaya selam boleh menghubungi di 019-286-4930..

Monday, June 7, 2010

Hentikan Melipat Ayam!!!!!

Sejak kebelakangan ini SB melihat pertandingan kecantikan ayam serama semakin hebat di mana antara ayam yg top 5 mempunyai perbezaan markah tidak jauh setakat 1 hingga 2 point shj.Ini bermakna, makin ramai bilangan ayam serama yg cantik2.Di sini peranan pengadil terlalu penting dlm meneliti setiap inci seekor ayam serama bermula dari balung hingga ke kaki.
Namun ada sesutu yg SB jangka dunia ayam serama akan merudum kembali jika perkara ini tidak diambil peduli oleh penganjur atau pengadil atau persatuan ayam serama. Lipat-melipat ayam di pertandingan semakin berleluasa dan ini akan memberi satu impact atau fenomena yg kurang senang di kalangan peserta. Yg melipat dan menang akan happy dan sebaliknya. Penganjur pentingkan keuntungan dari jumlah peserta dan peserta pulak mahukan ayam mereka johan/juara dan memenangi hadiah dlm bentuk duit. Bayangkan ayam yg menduduki ranking no 2 atau 3 dilipat lagi sekali dan sekali lagi hingga SB dapat melihat ayam yg sama antara no 2 dan 4 cuma nama tuannya shj yg berbeza kerana takut dikesan.
Dari itu SB merasakan penganjur atau pengadil atau mana2 persatuan ayam serama patut melihat perbuatan lipat melipat ini sebagai suatu yg tidak elok demi menjaga nama baik peserta dan dunia ayam serama...

Saturday, May 29, 2010

Jenis Balung No. 1

Ini adalah jenis balung lilin yg mempunyai markah yg tinggi. bagi SB yg penting balung adalah lambang mahkota kpd ayam serama. Sebab itu walaupun ayam cantik dgn gaya selam, namum jika balung besar, cacat dsb..maka nilai ayam serama tersebut akan jatuh...balung lilin dgn bilah yg cantik2 menyerlahkan lagi kekuatan aura ayam serama tersebut.....Lihat saja balung dgn posisi eber yg cantik...pergh,,,comel sungguh keindahan Tuhan ini..biasalah, yg susah inilah yg kita cari.....

Tuesday, May 18, 2010

Pertandingan Kecantikan Ayam Serama

19/6/10 - Air keroh Melaka
Yg nih lagi besar pertandingan sempena SUKMA. Hadiah lumayan duit+piala +sijil. Serama Best rasa ramai nanti peminat dari K'tan, Trg, utara dan KL turun di melaka nanti. Di harap pengadil2 yg dilantik akan menjalankan kewajipan anda dgn baik mcm gaya ayam best of the best nanti.....

5/6/10 - Seberang Jaya, Penang
Dengar cerita ramai peminat2 ayam dr K'tan, Trg dan Kl akan turun beraksi di Penang nanti. Hadiah wang tunai pulak tuh. Cepat2 beli beli ayam serama supaya kita dapat meramaikan lagi peserta pertandingan nanti.

29/5/10 - Kl anjuran GPSK
Tahniah buat GPSK krn menganjurkan pertandingan sebelum bon besar d penang dan melaka. Tahniah buat Mie dungun yg menjuarai kategori serama B dan menjuarai Best Of the best semlm..Nampaknya ayam cantik2 yg turun semlm..perbezaan markah terlalu dekat..hanya ayam yg bergaya di atas meja yg menentukan juara..setakat juara gaya dlm sangkar belum tentu juara sebenar..next competition kita jumpa d Penang pd 5/6/10...

22/5/10 - Besut, Trg
Keputusan yg sungguh menyeronokan apabila ayam yg pernah menjuarai kategori remaja dan 'best of the best' pd 220410 di KB telah mencul kembali sebagai johan kategori muda dan mengungguli kategori 'best of the best' di besut..setahu SB, ayam ini dibeli dgn harga RM7,500..Bertuah sungguh tuan empunya..semoga dapat menceriakan lagi arena pertandingan ayam seram di KL, Penang dan Melaka kelak..




Serama Warisan Buyong Emas
Harga offer RM20,000 mengikut tuan empunya 019-9642789. Champion best of the best di Sutra Beach Resot pd 1 mei lepas. Semasa pertandingan ayam ini gaya sakan. Yang berminat, sudi-sudikanlah... nampaknya makin lama harga ayam serama makin melambung..jom bela banyak buat stok dan jika ada yg comel, cepat2 jual...





















Harga yg ditawarkan oleh owner RM8000. Bab gaya tak perlu lagi nak komenlah. balung pun ok jenis lilin.bila ekor dah siap dgn lawi setakat nak dapat tempat 1-3 itu dlm tanganlah..walaupun harga tinggi, tapi kpd yg berminat cuba tawar lagi. No hp owner 017-9222778.

Sunday, May 16, 2010

Serama muda for sale. contact owner 012-5518070. Harga buka RM850 mengikut harga tuan punyalah..tapi boleh runding lagi tuh..antara harga dgn keadaan ayam memang boleh beli cuma tengok gaya dulu jika jenis kebas tarik..cepat2lah bayar..

For sale - contact owner 013-4736729
Induk ini jika bergaya di atas meja..confirm no1 - 3 dalam tangan..

Seri Ayu



















warna kuning: 8/10
Kepala balung: 8/10
Ekor: 7/10
Sayap: 8/10
Kaki: 7/10
Gaya: Jika bergaya sebegini maka kita boleh bagi 9/10 kerana gaya selam.
Induk sebegini sukar dicari kerana mempunyai ciri2 yg terbaik yg jarang dijumpai.
Nilai semasa : Atas RM3,000
Sub Marine


















warna kuning: 8/10
Kepala balung: 8/10
Ekor: 7/10
Sayap: 7/10
Kaki: 7/10
Lawi: 7/10
Gaya: Jika bergaya sebegini maka kita boleh bagi 8.5/10
Sub marine adalah kategori ayam serama kegilaan peminat2 ayam serama, jika ingin membeli atau mencari-cari jenis ayam serama yg terbaik, ianya mesti melebihi ciri@ sub marine.
Nilai semasa: Atas RM7,000