Monday, June 7, 2010

Hentikan Melipat Ayam!!!!!

Sejak kebelakangan ini SB melihat pertandingan kecantikan ayam serama semakin hebat di mana antara ayam yg top 5 mempunyai perbezaan markah tidak jauh setakat 1 hingga 2 point shj.Ini bermakna, makin ramai bilangan ayam serama yg cantik2.Di sini peranan pengadil terlalu penting dlm meneliti setiap inci seekor ayam serama bermula dari balung hingga ke kaki.
Namun ada sesutu yg SB jangka dunia ayam serama akan merudum kembali jika perkara ini tidak diambil peduli oleh penganjur atau pengadil atau persatuan ayam serama. Lipat-melipat ayam di pertandingan semakin berleluasa dan ini akan memberi satu impact atau fenomena yg kurang senang di kalangan peserta. Yg melipat dan menang akan happy dan sebaliknya. Penganjur pentingkan keuntungan dari jumlah peserta dan peserta pulak mahukan ayam mereka johan/juara dan memenangi hadiah dlm bentuk duit. Bayangkan ayam yg menduduki ranking no 2 atau 3 dilipat lagi sekali dan sekali lagi hingga SB dapat melihat ayam yg sama antara no 2 dan 4 cuma nama tuannya shj yg berbeza kerana takut dikesan.
Dari itu SB merasakan penganjur atau pengadil atau mana2 persatuan ayam serama patut melihat perbuatan lipat melipat ini sebagai suatu yg tidak elok demi menjaga nama baik peserta dan dunia ayam serama...

1 comment:

  1. bukan nak kata ape la..benda remeh temeh gini la yang sememangnya akan merosakkan industri..tapi nak marah kat saper..sebab yang lipat melipat sering dilakukan oleh mereka yang ingin menjaga nama agar ayam tak kalah..tak ingin untuk menuding jari tapi sapa yang pernah buat mesti die tahu..

    ReplyDelete